Friday, December 11, 2009
Monday, November 23, 2009
Jom Tweet-Tweet
Hari Sabtu lalu, aku sempat jenjalan kat 1Borneo. Lepas tu join family aku nonton cerita 2012. Dua kali lah aku tengok cerita tu. Haihhh... Then, kitaorang beli 12 pieces Donut. Aku makan seketul je. Yang namanya Alien (chocolate in and outside).
Hari Minggu pula, aku duduk rumah aje lah. Aku dah beli bahan-bahan untuk buat resepi kek dari Beb, tapi dalam pukul 2 petang tu, tertidur pula aku. Terbangun je, dah pukul 4 suku. Termalas dah aku nak buat kek tu. Hopefully, petang ni lah lepas balik kerja aku buat.
Semalam, berYM sampai tak sedar, tertidur aku! Kawan aku pun tertidur sama kot, sebab senyap je. Macam mana tak tertidur kan, aku YM pakai BB sambil baring atas katil, siap pakai comforter lagi! Hik Hik...
Eh, aku dah mula nak aktif twitter. Jomlah bertwitter...
Follow me at twitter... http://twitter.com/eedany
Jumpa Lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, November 19, 2009
Bebelan Ahkak
Kalau suara merdu tak pe lah juga. At least, terhibur gak aku mendengarnya. Ini suara macam raksasa pun ada!
Lantaklah kalau kau nak gi report kat Makcik tu aku tulis cenggini! Kau ingat aku takut ke?
Tengahari ini aku tak lunch apa-apa pun. Aku minum Susu Kacang Soya je. Aku macam malas pula nak gi Kantin. Lagipun pagi tadi aku dah breakfast Nasi Lemak + telur mata lembu masak sos.
Semalam...berjaya gak aku buat 2 biji kek coklat untuk anak cousin aku bawa ke jamuan di sekolahnya. Tapi terlupa pula aku nak snap gambarnya. Alaaa...bukannya cantik mana pun. Di bahagian tengah kek tu melekuk pula aku tengok. Apa silapnya aku pun tak tau.
Aku buat 2 biji kek je semalam tu. Tak larat aku nak buat extra untuk family aku kat rumah. So... budak-budak di rumah melopong je tengok aku packing kek tu dalam box. Kesian gak aku tengok.
So, petang ni aku nak buat 1 biji kek coklat lagi untuk family aku yang meleleh airliur tengok aku buat kek coklat semalam tu.
Oklah... kawan aku kat Bandung, YM dah dan makcik sebelah bilik aku ni semakin kuat mengeluarkan api dari mulutnya... Matilah.
Apasal ek?
Ketika dan saat ini, saya meluat sangat bila dengar suara orang bercakap dengan style terjerit-jerit, terpekik-pekik gitu. Cakap perlahan sikit tak boleh ke?
Eeeii..rasa macam nak plakung je satu-satu!
P/S : Moody. Apasal ek?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, November 18, 2009
Hidup saya best lah :)
Petang ini, saya nak buat 2 biji kek coklat untuk anak cousin saya bawa ke jamuan di sekolahnya.
Semalam, saya dah beli bahan-bahan untuk buat kek tu di Giant.
Sebenarnya, hidup saya ni tak de lah bosan mana pun. Saya bersyukur dan hargai dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun kadang-kadang rasa macam tak best je.
Tapi, siapa kata hidup saya tak best? At least ada gak budak-budak yang suka makan kek coklat saya...kan, kan? Best je rasa! Hehe...
Oklah nanti saya sambung lagi. Daaaa...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, November 17, 2009
When U Say Nothing At All
Hi all...
Teringat pula lirik lagu Ronan Keating 'When You Say Nothing At All'...
The smile on your face, let's me know that you need me
There's a truth in your eyes, saying you'll never me
The touch of your hand, says you'll catch me, wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all...
Walaupun lagu ni dah lama, tapi saya sukalah lirik lagunya. Pagi tadi, dengar dalam kereta, terus senyum-senyum macam orang gila.
Saya ter'imagine' lah pula, macam ada orang dedicate lagu tu pada saya.
Eh.. Korang pernah tak rasa feeling-feeling cenggitu? Mesti pernah kan... Hikkksss...
The smile on your face, let's me know that you need me
There's a truth in your eyes, saying you'll never me
The touch of your hand, says you'll catch me, wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all...
p/s : siapalah yang nak dedicate lagu tu kat saya...paling-paling pun kucing ajer lah...
Huh...bosannyer hidup saya ni. Tak best langsung je rasanya...
Pergi Kantin Pun Sorang-Sorang je :(
Hi all..
Pagi ni saya gi kantin sorang-sorang je. Selalunya saya pergi sama a few friends.
Pagi ni saya lambatlah... So, everybody dah breakfast. Saya ingat tak nak turun gi Kantin, tapi kalau tak turun saya nak makan apa? Nanti gastric saya timbul balik, macam mana?
So, tadi beli tapau then makan sorang. Lahap je saya makan..hikkksss.
Tapi makan tak habis pun 1 tapau. Kalau ada kucing, boleh juga share makanan tu dengan kucing. Manalah ada kucing kat sini kan?
Saya bosanlah dengan ofis saya sekarang. Apalah saya ni kan? Semua pun bosan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, November 16, 2009
Apa saya nak tulis nih?
Hi all...
Actually, saya tak tau nak tulis apa. Bosannya hidup saya ni. Pernah tak korang rasa macam hidup korang tu bosan sangat? Tak thrill langsung.
Semalam, saya mimpi orang yang paling saya sayang, telah menduakan saya! Walaupun cuma mimpi...tapi sakitnya hati! Depan mata saya, dia peluk-peluk pompuan tu? Pompuan tu pun macam gedikkkksss sangat. Ishhh... Macam mana ni? Saya jealous nak mampos hoccay! Tapi dalam mimpi je lah...
Hari ini pula, ada suatu pengajaran yang saya dapat. Eedany, don't expect too much, boleh tak?
Mungkin lepas ni, korang macam nak termuntah je baca blog saya yang membosankan ni. Itupun kalau korang bacalah.
Anyway... TQ lah ye kerana sudi membaca entry ini sampai habis.
Walaupun entah apa-apa kan?
Itu aje... Jumpa lagi! Papai...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, November 15, 2009
PIZZA HUT - CRUNCHY CHEESY BITES
U all dah try Crunchy Cheesy Bites - Pizza Hut?
Saya baru je cuba try test...
Siapa yang suka cheese, macam Nonoi...mesti suka! Hehe...
Tekak saya bilang Crunchy Cheesy Bites ni sedaplah.. Tak tau lah tekak u all.
Saya muncul lagi, selepas 'hilang' (bak kata cloudymonday) in Blogosphere. Hehe...
Sedikit sebanyak mungkin Aryn (MY HEART) tau kenapa saya tetiba hilang... Hehe (cuba kira berapa kali saya taip 'hehe') :D
Oklah friends... Nanti saya update lagi. Tata :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 14, 2009
Filem 2012
Tadi... saya pergi tengok movie 2012!
Bagi saya filem ini BEST!
Selama 2 jam 40 minit tumpuan saya hanya pada screen wayang!
Macam-macam kehancuran bumi ditayangkan. Tapi dalam menghayati aksi-aksi tragic itu ada juga cetusan emosi kekeluargaan dan kemanusiaan. Bergenang juga airmata saya...sikit je lah.
US President dalam filem tu digambarkan seperti Obama...hikkkksss. Kulit hitam manis.
Bagi saya filem ini berbaloi untuk ditonton tapi PG13 (Parental guidance is advisable for children below 13 years old).
Kalau nak baca full synopsis filem 2012 ini, klik... (IMDb - Internet Movie Database)
Jumpa lagi... Papai :p
LIVE FROM 1BORNEO KK
Saya sekarang di 1Borneo.
Nak gi tengok movie. Sementara tunggu movie, saya lepaking di tepi-tepi koridor ni.
Kat bawah macam ada kempen kesedaran AIDS. Ramai orang berbaris panjang nak masuk ke dalam partition lusuh. Apa ada kat dalam ek?
Ada orang tu siap bawah papan tanda kat badan dia...
I'M HIV+. CAN U GIVE ME A HUG?
Saya nak masuk tengok apa dalam partition tapi saya takut... Teringat macam Horror House di FunFair tu! Hehe...
Movie dah start nanti saya sambung lagi... Daaaa...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, November 13, 2009
Sudah Jumpa Balik
Rupanya, lens cap ni bersembunyi dalam bag Tini, masa kitorang sama-sama pergi Manila tempoh hari.
Fuh... Nasib baik saya tak terbeli lens cap baru. Kalau tak, terbang juga puluh ringgit.
Thanking Tini... :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, November 12, 2009
Friday, October 09, 2009
Sekarang Makan je... next week 'Diet Afrika'...
Ya saudara dan saudari semua... mulai next week 12/10/2009 (Isnin) saya akan memulakan
"Diet Afrika" saya. Siapa mau join...cepat daftar!
Ingin saya katakan di sini... Diet Afrika ini hanya boleh diikuti oleh golongan yang terlebih comel macam saya. Kalau yang memang sudah comel tu tak payahlah ikut style diet afrika.
Karang jadi tengkorak pula...
Oleh itu, sebelum saya memulakan program diet afrika, saya nak puas-puas makan apa saja.
Tanpa membuang masa marilah kita melihat menu yang saya makan sebelum memulakan diet afrika...
Maklumlah sudah lebih sebulan (Ramadhan) saya tak menjejakkan kaki ke SR.
Sayur-sayuran adalah salah satu menu untuk berdiet afrika.
Saya ambil sayur-sayuran dari ladang saya di Farmville saja hehe...
Ok..Ok... next week kita berdiet afrika yaaaaa....
Papai ;p
Sorry... Busy Sikit...Tak banyak, sikit je!
Terima kasih pada yang masih klik, klik blog saya yang dah mula tumbuh semak ni.
At least kedatangan uols... boleh juga tolong sapu daun-daun kering di sini.
Hehe... macam dalam Farmville pula. Tolong bersihkan ladang jiran tetangga gitu.
Bukan tak mau update blog. Mauuuu...
Tapi saya ada commitment lain yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu.
Alaaa... kalau tak busy nanti saya update ok.
Papai :)
Thursday, October 01, 2009
Masih Di Bulan Syawal punya Cerita
saya cuba sedaya upaya buatkan untuk dorang. Kesian bah... selalu tengok makanan yang saya buat dalam blog saja.
Buat Ally, sebelum dia balik ke perantauan, saya buatkanlah dia Lasagna.
Ally : Ahkak ku yang gemuk...kasih buat saya Lasagna.
Tengok gambar dalam blog tau sudah sedap!
Saya : Memang pun sedap. Berapa kau mau 5? 6?
Ally : Iskkkk... 1 pun cukup.
Kalau uolsss kesian kah tidak... kita offer 5 atau 6 biji, tapi dia bilang 1 pun cukup. Kesiannnn kan?
Haha... tadi bilang 5, 6 biji!
Perasan tak Fridge saya sangat clear tanpa ada tempek-tempek Fridge Magnet?
Musim raya ni fridge kena kasih clear. Itu Fridge Magnet harus dicabut simpan tempat lain.
Kalau tidakkkk, habislah budak-budak main. Tak sangup saya melihat FM-FM ku dibelasah oleh kanak-kanak riang ribena.
Wah bangga saya... Ally kata Lasagna saya sedap! Laki dia pun bilang sedap.
Matilah... Buka restaurant lah saya ni. Hikkkkssss.
----------------------------------------------------------------------
Sebelum Ally balik ke perantauan... emak pula kesian kat si Ally tu.
So emak buatkanlah dia Nasi Minyak.
Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam Lebaran...
Saya pula sikit lagi tersedak dengar suara si Ally menyanyi di dapur.
Sebab suara dia sejibik macam suara Dato' Siti Nurhaliza! Tapi suara Siti time kena selsemalah. Matilah...Kar Kar Kar
Ngam-ngam time tu my sepupu-sepapat pun datang bertandang.
Nampak tak buah langsat dalam bakul hitam?
Dari kampung bah...
Tak sedar 1 plastik besar sudah habis dorang ngappp. Matilah berak langsat semua! Hehe
Cuba tengok tangan dia? Macam tangan incredible hulk. Besarrrrrr.
Jangan berani macam-macam, ngomong sama tangan baru tau!
Tidaklah... perempuan gemuk itu baikkkk ok.
Perempuan gemuk itu pakai baju tidur dari Bandung.
Baju tidur kain batik jawa yaaaa.
Tengoklah siapa yang jadi ketua. Ketua dorang umur 14 tahun ok.
Mari saya memperkenalkan ahli-ahlinya...
My Cousin's Daughter
Anak my cousin juga.
(Ini semua pun orang kenal)
Bibir kecil, Bibir sederhana dan Bibir Besar. Bibir besar itu keturunan saya! Haha. Mulut Joker.
Mari kita melihat menu yang ada. Alaaa...masakan cincai-cincai untuk orang di rumah saja.
Siapa belum makan... cepat pergi makan!
Oklah friends... Jumpa lagi!
Tata.
Jamuan Raya di Office
Ramai juga staffs yang bawa biskut-biskut raya.
Puas hati ohhhh makan paha ayam besar. Kar Kar Kar Kar...
Jemput makan semua...
Takut ada yang tidak suka bah. Jangan lupa, tak semua orang suka muka dia masuk internet.
Papai..Peep... :p
Wednesday, September 30, 2009
Perfume Free... buat saya! ;p
Saya kata boleh habis dalam 3 bulan jer kannnnn?
Tapi sampai sekarang pun perfume tu tak habis-habis lagi uolsss.
Adalah tinggal 3cm perfume tu dalam botol.
Jimat cermat saya sekarang...hehe.
Kalau saya pakai perfume ni kat ofis, sampai ke petang balik rumah pun tak hilang ok.
Semerbak-merbak harumnya.
My always 'all time favourite' perfume.
Baru-baru ini, Ally kata nak sedekahkan perfumenya pada saya.
Dia kata tak berapa suka dengan keharuman perfume ini.
Ada sesiapa penggemar perfume ni?
Saya cuma pernah minat Britney Spears dulu-dulu.
Nasib baik ori! Oklah ahkak nak lah perfume itu...hikssss
Lepas ni kalau pakai perfume Fantasy, bolehlah feeling-feeling ala Britney Spears.
Kar Kar Kar Kar...
tetap nak juga sebab botolnya cantik...pink gitu.
Ada diamond-diamond pula tu.
Tapi sebab utama tentulah kerana perfume itu FREE.
Siapalah yang tidak mau perfume FREE kannnnn?
Tengkiulah Ally. Lepas ni perfume apa lagi kau mau kasih? Haha...
Saya ingat duit angpow raya yang boss saya kasih tempoh hari nak buat beli perfume lah!
Ok Ok nanti saya share!
Oh... saya masih a few miniatures perfume.
Semuanya masih elok dalam simpanan saya.
Semua perfume tu sudah dirasmi sikit-sikit. Kalau perfumenya dah habis pun
botolnya tetap saya simpan buat perhiasan.
Cute kannnn? Sekarang semuanya dah tinggal sikit-sikit dan ada yang dah habis.
Oklah uols...nanti kita cerita-cerita lagi.
Papai...
Raya-Raya 2009
Makanan sajalah bah. Jamuan Raya di ofis ni kan setahun sekali saja.
Saya sambung cerita raya lagi...
Tolongggg.... :'( :'(
Oh ya... saya bergedik di garaj rumah makcik saya.
Bestnya kalau ada garaj kereta yang besar!
Lepas beraya di rumah Tuading Masri... kami ke rumah Babu Niah pula.
Di rumah Babu Niah banyak pot pet pot pet jer bersama sepupu-sepapat semua.
Maklumlah perut pun sudah kenyang...tapi tetap makannnnnn juga hidangan yang disediakan.
cahayamata babygirl yang pertama.
Namanya Shuhaida kalau tak silap saya. Lupa pula...
Namanya Kelupis bah.
Kar Kar Kar Kar...
Jumpa lagi... Titu! ;p
Hari Raya Aidilfitri Pertama 2009
Hari Raya pertama selepas yang lelaki-lelaki selesai solat sunat hari raya...
kami sekeluarga pun gerak ke kampung saya di Papar.
Destinasi pertama menziarahi pusara arwah datuk dan nenek serta kaum kerabat yang sudah tiada.
Lepas tu pergi beraya ke rumah adik-beradik bapa saya pula.
Firstly, pergi rumah makcik saya, Uncu Masni.
Rumah dia bertambah besar tahun ini. Dia renovate ruang tamu kasih besar sikit.
Bebaslah para tetamu berlegar-legar di ruang tamu sambil menjamu selera.
Kalau jadi serupa beruk betul baru tau :D
Saya selalu geram dengan budak ni. Rasa macam nak picit-picit muka dia yang chubby tu.
Tapi kadang-kadang geram juga dengan dia ni. Kalau saya dukung, tak reti nak duduk diam-diam. Suka tampar-tampar muka saya especially kalau nampak bibir saya ada lipstick.
Habis lipstick saya rosak uolsss sampai 'berjuritan' ke pipi.
Kadang-kadang tak puas tampar muka saya... rambut saya pun ditariknya. Sakit juga walaupun tangan dia kecik.
Selalunya saya tengok biskut mana yang banyak habis. Proven ok... biskut yang paling banyak habis adalah sedap!
Di Sabah Biskut Makmur biasanya dibuat bulat-bulat. Di Johor katanya dibuat bentuk bujur macam dalam gambar tu. My cousin kerja di Johor... semua biskut raya dia import dari Johor.
Makanan Tradisional di Sabah bah. Siapa pernah rasa?
Setiap pagi raya saya mesti cari kuih ini selain nasi impit kuah kacang favourite saya.
pandai-pandai nak kasih makan si kenit satay. Habislah kena pulas telinga kalau bapa
si kenit nampak!
Lepas kenyang beraya di rumah uncu masni, kami beraya ke rumah Tuading Masri pula.
biskut yang saya nak rasa.
Memang sedap biskut kacang tu. No wonderlah cepat habis.
Dia sangat excited nampak ayam-ayam jantan peliharaan Tuading Masri.
Nanti saya sambung cerita lagi.
Oh ya... hari ni office saya ada jamuan raya tau. Makan lagi!
Lantaklah gemuk. Memang dah gemuk pun...
TaTa...


